Wednesday, December 11, 2013

Setahun Bercinta

Lama aku ambil masa unutk kumpulkan segala kekuatan
Lama waktu aku lewati begitu sahaja demi melayan rasa kecewa
Ya, aku kecewa
Tiada ayat mampu aku susun, tiada kata mampu aku luahkan,
Nafasku seakan direntap kasar, aku seolah dipaksa untuk mati
Hanya senyuman tawar mampu aku lempar tatkala perpisahan yang kau minta

Setahun kita bercinta, ibarat bertahun kita bersama
Aku buang jauh segala buruk laku demi mengagungkan cinta kita
Tiada apa dayaku lagi untuk berjalan mengadap tohmahan duniawi
Semua telah berakhir..

Namun jauh disudut hati gila aku, aku yakin kau akan kembali
Cuma waktu itu masih lagi jauh..

Wallahi,
Tak pernah sekelumit perasaan kasih aku teralih arah
Tak pernah kurang sedikit pun cinta untuk kau

Jika kau ingin kembali,
Datanglah kasih..aku tetap menerima kau
Kau tetap kesayanganku selamanya
Amirin Zulfadly

:)

Tuesday, November 12, 2013

Ritual Hati

Sejujurnya ini bukan kali pertama terjadi
Ini kali ke berapa aku sendiri lupa bilang
Tapi kali ini melibatkan Bondaku sendiri
Aku mengalah juga
Jika dengan si polan lain, aku akan cakap, "you wish!"
Tapi ini Bondaku, buruknya pon dia yang lahirkan aku
Rela dengan tidak aku mesti mengalah
Walaupun perit dadaku..

Terlalu banyak mengalah dengan orang kesayangan
Sehinggakan kadang-kadang aku tertanya - tanya
Adakah mereka sedar akan perasaan aku?
Entahlah..dek kerana selalu sangat mengalah
Membuatkan aku lali..lali dengan perasaan sendiri
Gelengan kepala dah jadi macam ritual aku untuk pujuk hati sendiri

Sekarang tinggal satu lagi perkara
Si dia yang dekat sangat dengan hati aku
Hatinya terkunci rapi untuk aku selami
Apa sebenarnya yang sedang kusutkan dia
Aku dicampakkan jauh..Beri aku ruang!
Itu saja yang mampu diungkap setiap kali aku tembak dengan sejuta tanya..

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Rahman Ya Rahim

Berikan aku sedikit kekuatan untuk ini
Berikan aku rasa kebahagian yang aku impikan
Dengan dia yang selalu mendamaikan aku dengan senyumannya
Berikan aku kekuatan untuk terus bersamanya susah dan senangnya
Rahmatilah hubungan kami
Moga dihujungnya kami akan tetap bersama

Amirin Zulfadly sayang,
Apa pon jadi kelak..awak tetap kesayangan saya

:)

Thursday, November 7, 2013

Tahun Baru Hijrah

Salammualaikum..

rabbi yassir wala tu'assir,
rabbi tham-min bil khair,

ya allah engkau permudahkan, jangan engkau susahkan,
ya allah engkau akhirkan dengan kebaikkan..

Alhamdulillah,
kita baru sahaja menjejakkan kaki ke tahun 1435 hijrah
mari kita lupakan segala yang berlaku pada tahun lepas
dan cuba tingkatkan lagi pada tahun baru ini
azam tahun?
mahu tingkatkan lagi ilmu islam didada,
mahu menjadi muslimah yang terpelihara setiap incinya,
mahu capai al quran setiap hari dengan baca sehinnga dua ain',

setakat itu sahaja azam aku
tak mahu azam banyak banyak takut tak dapat penuhi nanti
nampak sangat kita dah bohongi diri sendiri

cuma satu sahaja yang aku tak tahulah ianya boleh dipanggil sebagai azam atau ape,
aku nak jadi PENULIS..
aku nak tulis tentang kehidupan aku
aku waras dan sedar aku bukan sapa sapa
cuma aku nak kongsi pengalaman aku
saat suka dan duka aku sejak pertama dilahirkan sehingga madang gini..

engkau orang rasa boleh berjaya ke?

:)

Saturday, October 5, 2013

Ego..

Penat menahan rasa..dalam hati ni rasa nak pecah..
dek kerana cintakan kau, aku gagahkan untuk bertahan..
dek kerana sayangkan kau, aku telan semua kata kata ego kau..
aku akan tetap sabar tunggu kau sampai waktunya..
aku kalau boleh tak mahu hal ini berlarutan..
okay, jujur cakap aku sendiri tak tahu apa punca kau macam ni
kau bilang kau sudah hilang mood dengan aku, tapi kenapa?
kau kata aku suka melawan setiap kata kata kau, tapi kau tahu kenapa?
kau jerit aku tak berperangai seperti perempuan lebih kepada jantan, tapi sebab apa?
kau tak jelaskan sebabnya kau terus hukum aku
kau tak tanya kenapa begitu kau terus bekukan hati untuk aku
kau tahu tak yang aku separuh mati untuk kau?
kau tahu tak betapa lamanya aku nantikan saat ini?
pernah kau tanya macam mana hati aku kau renyuk renyukkan dulu?
pernah kau fikir betapa terhinanya aku dulu bila kau tolak aku dengan menggunakan orang tengah untuk sampaikan?

PERNAH TAK KAU FIKIR?????

mestilah tak..yang kau tahu aku perlu jaga hati kau ibarat permata yang mudah pecah
TAPI..
aku tak pernah pedulikan semua itu, yang aku tahu, aku sangat sayangkan kau..

WALLAHI

AKU SANGAT SAYANGKAN KAU..

Wednesday, October 2, 2013

Jangan Jatuh..Bertahanlah

Kebelakangan ini emosi aku tidak stabil.
Pelbagai masalah datang bertimpa timpa hempap kepala aku.
Aku dah hilang pedoman sekejap. Tak tahu nak bagi reaksi apa.
Kalau hati ini, jangan cakaplah macam mana sakitnya. Macam nak pecah dada.
Aku cuba bertahan, aku banyakkan istighfar. Moga diringankan bebanan aku, tak banyak sikit pon tak apa.

Tapi untuk kali ini, demi Tuhan yang satu, Allah swt, aku tak mampu tahan diri daripada menangis untuk kali ke berapa aku sendiri pon tak pasti. Yelah, dugaan yang datang tu adalah untuk menguji kesabaran kita teguh tahap apa. Itu aku tahu, tak payah kau salak kat telinga aku berulang kali. Kadang kadang kita perlu juga lemah kalau dah selalu kita kuat. Walaupun berulang kali tumbuk dada cakap, "aku kuat aku kuat, aku boleh aku boleh!" tetap tak mampu aku tahan diri daripada jatuh terduduk kenang segala yang dah jadi.

Aku perempuan biasa, bila rasa diri dianaktirikan secara automatik aku bertindak. Tapi tidaklah melangkaui batasan perempuan. Entahlah. tepu akal fikiran nak fikir cara apa untuk aku selamatkan hubungan aku. Pernah satu hari aku terdetik untuk larikan diri jauh jauh biar tak mampu dia cari jejak aku lagi. Itu pon kalau dia kisahkan aku, kalau tidak?

Jujur. Aku sudah penat dengan semua ni. Kalau boleh aku nak ia ditamatkan setakat ni. Lantaklah orang nak kata apa, aku yang tanggung sendiri. Biarlah indah mana pun kenangan, aku akan cuba lupakan sedaya upaya. Sudah puas aku bersabar. Sangat lama aku bertahan. Kali ini, biarkan aku lepaskan. Biarkan aku pergi. Supaya aku boleh kuatkan diri untuk tidak jatuh dan cuba untuk bertahan kembali. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Walaupun dalam hati aku penuh dengan kasih untuk kau.

Pergilah.
Tinggalkan aku.
Biar aku disini.

Monday, September 30, 2013

Anak yang terluka hati

Orang keliling jika lihat kehidupan aku sekarang mereka akan cakap,
hidup senang melenang, makan ditanggung nak b*** tinggal cangkung saja,
jawapan aku pada mulut mulut puaka ini?

PPUUUIIH!

Kau pernah tahu apa konflik yang berlaku?
pernah tanya bahagiakah aku dalam kehidupan senang yang kau lihat itu
orang luar memang suka bermanipulasi sendiri
sedangkan tahu pun tidak kedudukan sebenar.

Tadi, nenek aku yang aku panggil, Uwan gigih menelefon tanya khabar cucu bertuah seorang ni
bermula dengan gelak tawa usik mengusik berakhir dengan suasana serius dan penuh emosi
dengan nada yang sangat sayu, dia khabarkan dia simpati dengan aku
dia ingin kongsi segala duka aku sepanjang bergelar jobless
dia juga mahu nangis sama sama bila aku tertekan dengan..

Entahlah..
aku tak mampu luahkan apa apa bila sampai situ
yang aku mampu menangis..hanya tangis aku yang Uwan dengar
dia cakap akulah anak yang paling rapuh hatinya
akulah anak yang selalu dilukakan hatinya tanpa sedar
akulah juga yang paling di risaukan
dek sifat yang suka pendam sendiri
apalah dayaku Uwan, aku hanyalah anak yang tak punya apa apa
untuk dibanggakan, dilambung lambungkan
banyak kali hati ini terguris, tapi tiada dayanya aku nak lawan
buruk mana dia darah dagingku.

Biarlah aku bertahan selagi mampu
untuk dikongsi panjang lebar takkan sesekali aku akan buat
biar orang nak cakap apa pun, yang tanggung nanti aku juga
yang pedih tangkai hatinya aku juga
sebab itu sebolehnya aku nak simpan dalam dalam
biar lupus terus..tanpa sesiapa yang tahu

walaupun akhirnya nanti aku tetap menjadi
ANAK YANG TERLUKA HATINYA...

Sunday, September 29, 2013

Maafkan Aku

Lelaki, bila dia marah dia akan mendiamkan diri
ibarat patung tak bernyawa lagaknya
Perempuan bila marah segala hadith, segala kata perumpamaan akan lahir

Sebab itu perlu cari pasangan yang berlawanan sifat.
macam aku pulak, bila pasangan aku diamkan diri, reply messages pun pendek pendek
aku jadi tak keruan.
mula mula aku sedaya upaya tanya dan pujuk.
lepas itu jangan tanya kenapa aku buat tak tahu.
aku belum lagi khatam bab pujuk memujuk, dayu mendayu untuk kekasih.

Macam situasi yang aku alami,
semalam berjanji jumpa, dan ya, setiap kali nak jumpa
pergaduhan ala ala debat piala menteri besar pun akan ada
itu normal bagi aku dan pasangan aku, A.
bila dah bertentang mata, bercakap mesra macam tak pernah berlaku apa apa sebelum ni
TETAPI
bila masing masing dah balik lubuk, nah salah seorang akan buat perangai sentap tetiba.

pfft.

situasi betul betul meragut nafas aku.
bila dia diam dan cakap sepatah sepatah,
aku mula salahkan diri dengan berbakul bakul sumpahan akan terpacul di mulut

demi kasihkan kau
iya, aku akan cuba ubah seperti yang diminta
iya, bukan payah sangat

demi cintakan kau
iya, aku akan ubah
demi diri sendiri, demi kau dan juga demi hubungan kita.

labayu sayang.