Monday, June 10, 2013

Mari Kekasih Kita Menangis Malam Ini (Untuk Dia Si Penyimpan Kunci Hati Aku)

Mengapa setiap kali aku lihat kau senyum hati aku retak?
seolah aku mengerti makna senyum kau itu
fizikalnya kau senyum sampai telinga
mentalnya hanya kita dua saja tahu


Berat beban kau tanggung seorang
aku mahu pikul sama kau tolak terang - terang
jadi apa maknanya aku jika tidak buat kau senang
kau tahu dengan aku bukan mudah kau menang


Mari kekasih kita menangis malam ini
kau lepaskan segala beban kau pikul itu
dapat kau redakan segala amarahmu itu
biar aku menjadi pendengar setiamu


Mari kekasih kita menangis malam ini
luahkan segala isi yang kau simpan selama ini
biar dunia tahu kau menderita selama ini
biar mereka tahu hati lelakimu sakit selama ini


Biarpun berharian masa diperlu
aku kan tetap setia disisimu
biar mereka datang untuk mengambilmu
akan ku halang sedaya mampuku


Tidakkah mereka tahu yang kau perlu hanya aku
aku tempat kau meminjam bahu untuk kau menangis semahu
tiada lain yang kau mahu tahu
selain aku yang sentiasa ada untukmu


Mari kekasih kita menangis malam ini
biar tenang hati mu itu
agar tidak lagi kau simpan dalam pedih itu
biar lepas ini kau senyum selalu untuk aku




2 comments: