Sunday, June 9, 2013

Aku Gadis Itu

Hey akulah gadis itu
yang kau buang sayang dia macam itu saja
lelah dia hari - hari tunggu kau macam tidak ada makna
yang kau hanya nampak dia bila perlu saja


Hey akulah gadis itu
gadis yang suka dress up ikut suka saja
tidak pernah hirau orang kata apa
eh tak mati ler orang hina


Hey akulah gadis itu
yang punya manja diam - diam aja
tak pernah tunjuk pada siapa
hanya kau yang boleh rasa


Hey akulah gadis itu
yang ringkas tak banyak soalnya
yang kau puja berlama - lama
yang kau cakap aku bunga dan kau kumbangnya


Hey akulah gadis itu
yang rajuknya tak pernah dipujuk
ngada - ngadanya kau yang pujuk
suka kenyit mata bila kau rajuk


Hey akulah gadis itu
yang kau niat mahu jadikan suri di hati
insya allah satu hari nanti
yang kau mahu cium setiap hari

Bila kita dah halal nanti

Ya, akulah gadis itu

No comments:

Post a Comment