Tuesday, June 11, 2013

Biar

Aku tenung wajah mendung itu
bujur bentuknya elok manis rupanya
lihat mata bundarnya bertakung air yang menanti untuk limpah
bagai di rodok hati aku lihat kau begitu


Bila diminta bicara sama - sama
biar dapat reda rasa sakit dijiwanya
dibalasnya biar, biarkan aku sendiri
kau tidak akan sesekali mengerti apa yang aku alami


Aku keraskan suara pada si pemilik mata bundar
kenapa kau mahu aku biar kau menangis begini
kau kelihatan seperti kesedihan si isteri kehilangan suami
seperti yang dia katakan awal tadi aku tidak akan mengerti


Diam


Kau, cuba pandang aku pandang wajah aku
kau tenung aku tenung dalam - dalam mata aku
apa yang kau lihat pada mata aku
aku adalah kau dan engkau adalah aku


Dengarlah aku wahai si pemilik mata bundar
aku ada untuk kau lepas segala amarahmu
itulah gunanya aku teman segadis kamu
kita sama gadis bisa faham apa yang dirasa


Kau pandang wajah aku tepat - tepat
bibir merekahmu terketar - ketar titip bicara
biar, biarkan aku disini pergi kau mana kau mahu
aku cuma mahu kau biarkan aku disini

No comments:

Post a Comment