Saturday, June 22, 2013

Langit Itu Biru Warnanya

Sekian kali aku tanya kau soalan sama
kenapa ya langit itu warnya biru
kau pandang aku dalam - dalam
kenapa dengan langit~~kau tanya kembali
aku senyum lalu tanya lagi
kenapa langit itu warnanya biru
kau tenung aku puas - puas
lalu menjawab~~kenapa dengan langit itu awak
aku senyum lagi dan lagi sampai kau sengih
kau jawab dengan tenang dan puitis
langit itu biru warnanya
di kala matahari terang sinarnya
langit itu biru warnanya
di kala kau lukiskan senyum di wajah
langit itu biru warnanya
setiap kali kita jumpa
kau pandang aku lalu senyum
kau mahu aku jawab begitukan
aku angguk jawab~~ya
langit itu biru warnanya
setiap kali kita bersua muka

:)


No comments:

Post a Comment