Monday, September 30, 2013

Anak yang terluka hati

Orang keliling jika lihat kehidupan aku sekarang mereka akan cakap,
hidup senang melenang, makan ditanggung nak b*** tinggal cangkung saja,
jawapan aku pada mulut mulut puaka ini?

PPUUUIIH!

Kau pernah tahu apa konflik yang berlaku?
pernah tanya bahagiakah aku dalam kehidupan senang yang kau lihat itu
orang luar memang suka bermanipulasi sendiri
sedangkan tahu pun tidak kedudukan sebenar.

Tadi, nenek aku yang aku panggil, Uwan gigih menelefon tanya khabar cucu bertuah seorang ni
bermula dengan gelak tawa usik mengusik berakhir dengan suasana serius dan penuh emosi
dengan nada yang sangat sayu, dia khabarkan dia simpati dengan aku
dia ingin kongsi segala duka aku sepanjang bergelar jobless
dia juga mahu nangis sama sama bila aku tertekan dengan..

Entahlah..
aku tak mampu luahkan apa apa bila sampai situ
yang aku mampu menangis..hanya tangis aku yang Uwan dengar
dia cakap akulah anak yang paling rapuh hatinya
akulah anak yang selalu dilukakan hatinya tanpa sedar
akulah juga yang paling di risaukan
dek sifat yang suka pendam sendiri
apalah dayaku Uwan, aku hanyalah anak yang tak punya apa apa
untuk dibanggakan, dilambung lambungkan
banyak kali hati ini terguris, tapi tiada dayanya aku nak lawan
buruk mana dia darah dagingku.

Biarlah aku bertahan selagi mampu
untuk dikongsi panjang lebar takkan sesekali aku akan buat
biar orang nak cakap apa pun, yang tanggung nanti aku juga
yang pedih tangkai hatinya aku juga
sebab itu sebolehnya aku nak simpan dalam dalam
biar lupus terus..tanpa sesiapa yang tahu

walaupun akhirnya nanti aku tetap menjadi
ANAK YANG TERLUKA HATINYA...

1 comment:

  1. It's ok syud. Tu sumer dugaan dn cabaran dlm hidup. Yang penting jgn putus asa dan terus usaha. Yang kt atas x selama2nya kt atas, yg bawah pun x mustahil akan ada di atas nanti :)

    ReplyDelete